KL CHRONICLE: Barua @Mkimi_bm tiga kali tukar tajuk untuk fitnah PAS

Sunday, March 18, 2018

Barua @Mkimi_bm tiga kali tukar tajuk untuk fitnah PAS



Media pembangkang Malaysiakini nampaknya semakin terdesak apabila memfitnah parti PAS konon - nya PAS telah berdoa untuk kehancuran Pakatan Harapan. Selepas mendapati tajuk artikel mereka silap, Malaysiakini cuba pula tukar tajuk artikel mereka bukan sekali, tetapi TIGA kali!


Ini semua dilakukan hanya untuk menghasut rakyat Malaysia supaya membenci PAS dan seterusnya orang Melayu Islam di negara ini. Umum ketahui bahawa pembaca Malaysiakini adalah majoriti orang Cina. Hampir 96% orang Cina adalah penyokong pembangkang jadi apabila mereka baca PAS mendoakan kehancuran Pakatan, mereka akan membenci PAS, Orang Islam dan Orang Melayu.

Inilah permainan Malaysiakini yang cuba merosakkan dan menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini. Oleh itu adalah menjadi tugas kita untuk memastikan tindakan jahat Malaysiakini ini GAGAL kerana jika mereka berjaya, Malaysia yang akan hancur akhirnya. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget