KL CHRONICLE: Shamsubahrin jaga kepentingan pemandu teksi atau pun keuntungan syarikat Big Blue Taxi? #Negaraku #Malaysia #SPAD

Sunday, January 14, 2018

Shamsubahrin jaga kepentingan pemandu teksi atau pun keuntungan syarikat Big Blue Taxi? #Negaraku #Malaysia #SPAD

Shamsubahrin dalam satu kes mahkamah terdahulu - sumber thesundaily.my
Baru - baru ini, Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan beliau akan terus 'mengugut' Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam membantu nasib pemandu teksi. Ini bukanlah kali pertama Shamsubahrin mengugut kerajaan malah sudah banyak kali beliau lakukan sedemikian rupa. 


Antara ugutan yang dilakukan oleh Shamsubahrin adalah bahawa 70 peratus daripada lebih 180,000 pemandu teksi di seluruh negara akan memberi undi mereka kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak. Antara dakwaan beliau lagi adalah bahawa  pemandu teksi di negara ini dianak tiri oleh Kerajaan apabila pelbagai insentif diterima pemandu e-hailing berbanding pemandu teksi.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-teksi-sokong-ph-saya-akan-ugut-lebih-lagi-shamsubahrin-165386

Menyedari bahawa semua fakta Shamsubahrin ini adalah tidak benar dan "fakta longkang", kami di #KLChronicle terpanggil untuk menjawab fitnah beliau. Antara yang dibangkitkan:

Pemandu teksi di anak tiri kan oleh kerajaan

Ini adalah tidak benar sama sekali. Pada 18 Jun 2016, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara.

Antara intipati cadangan ini adalah:
  1. Memberikan kesamaan taraf di dalam medan persaingan yang adil di kalangan pemandu teksi agar mereka dapat kekal bersaing dengan sihat dengan operasi e-hailing. 
  2. Pemberian lesen teksi individu baru kepada pemandu yang mempunyai rekod yang bersih untuk menggalakkan semangat keusahawanan di peringkat individu. 
  3. Menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak. 
  4. SPAD juga mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.
Sumber : http://www.spad.gov.my/ms/pusat-media/kenyataan-media/2016/transformasi-industri-teksi-kian-hampir

Malah kami di #KLChronicle juga pernah menulis beberapa artikel berkaitan pemberian lesen teksi individu kepada pemandu teksi. Ini adalah supaya pemandu teksi dapat keluar dari sistem pajak yang membebankan mereka. Antara artikel - artikel yang telah kami tulis adalah seperti berikut:
1. SPAD dan kerajaan tunaikan janji, 300 pemandu teksi diberi lesen teksi individu #DemiRakyat #Negaraku : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/12/spad-dan-kerajaan-tunaikan-janji-300.html
2. Diberi RM 5,000 dan lesen individu, pemandu teksi disayangi kerajaan BN #DemiRakyat #SPAD #Negaraku #Malaysia : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/08/diberi-rm-5000-dan-lesen-individu.html
3. Rezeki #Ramadhan , SPAD beri 300 lesen individu kepada pemandu teksi di bawah program TITP #Negaraku #Malaysia : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/06/rezeki-ramadhan-spad-beri-300-lesen.html

Usaha - usaha kerajaan ini telah mendapat sambutan yang baik dari pemandu teksi. Malah kami yakin pemandu teksi juga menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya SPAD. Persoalanya sekarang, adakah bantuan kerajaan secara langsung kepada pemandu teksi ini menggugat syarikt Big Blue Taxi dimana Shamsubahrin merupakan penasihat syarikat tersebut?

Jadi kepada pemandu teksi, anda wajar nilai sendiri ugutan yang dilakukan oleh Shamsubahrin terhadap kerajaan. Jangan nanti dia yang untung, anda pula yang rugi. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget