KL CHRONICLE: #PadanMuka Pemimpin Bunga bidas PAN tidak bertanggungjawab #kltu #jbtu

Sunday, March 18, 2018

#PadanMuka Pemimpin Bunga bidas PAN tidak bertanggungjawab #kltu #jbtu


Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri Selangor, Sallehudin Amiruddin menempelak tindakan Pengerusi AMANAH Izham Hashim yang merupakan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana mengumumkan status rundingan kerusi gabungan itu.

"Bagi saya tindakan pengerusi AMANAH Selangor mengumumkan status rundingan kerusi bagi pandangan saya ia tidak kena pada tempatnya.



"Apabila panel rundingan menyerahkan perbincangan agihan kerusi kepada pengerusi ph negeri ia tidak bermaksud setiap pengerusi komponen ph yang lain berhak mengumumkan serta mendahului pengerusi pakatan harapan negeri selangor," jelas Sallehudin memberitahu Malaysiakini.

Menurut beliau, tindakan Izham tersebut sebagai tidak menghormati institusi Pakatan Harapan (HARAPAN) di Selangor.

"Kenyataan beliau mendedahkan agihan kerusi kepada media ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati institusi HARAPAN di Selangor.

"Maklum mengetahui bahawa panel rundingan kerusi telah berakhir dan bagi pandangan saya ia bukan sesuatu keputusan yang muktamad, ini kerana setiap keputusan panel boleh diubah diperingkat pakatan harapan negeri kerana ia mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan jumlah agihan kepada setiap parti.

Beliau juga menggesa agar sebarang pengumuman mengenai agihan kerusi dilakukan bersama Pengerusi HARAPAN negeri Datuk Seri Azmin Ali.

"Walaupun panel rundingan hanya berjaya menyelesaikan sebahagian kerusi untuk BERSATU, namun ia bukan bermakna baki kerusi yang lain tidak dipertimbangan lagi.

"Segala butiran agihan kerusi ini hanya akan diumumkan bersama dengan pengerusi ph selangor iaitu Datuk Seri Azmin Ali," kata Sallehudin lagi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan pengerusi AMANAH negeri itu mengumumkan PKR akan bertanding sekurang-kurangnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 56 kerusi di Selangor, manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) masing-masing hanya mendapat sembilan dan tujuh kerusi.

Izham berkata, DAP pula akan bertanding di semua 15 kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2013.

Rundingan itu berjaya diputuskan selepas HARAPAN Selangor menyelesaikan agihan 50 kerusi pada mesyuarat kali ketiga yang diadakan pada 8 Mac lalu, kata Izham lagi.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget