KL CHRONICLE: Lim Guan Eng pengecut kerana tolak ajakan Wee Ka Siong MP untuk berdebat #kltu #jbtu

Sunday, March 18, 2018

Lim Guan Eng pengecut kerana tolak ajakan Wee Ka Siong MP untuk berdebat #kltu #jbtu


Bagi kami di #KLChronicle, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh disifatkan sebagai seorang pemimpin DAP yang pengecut kerana sudah beberapa kali menolak 'ajakan' Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong untuk berdebat mengenai kontroversi projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Malah, memetik kata - kata Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker:
Guan Eng menggunakan alasan tidak mahu merendahkan martabat jawatan Setiausaha Agung DAP yang disandangnya dengan menyahut cabaran debat oleh pemimpin nombor dua MCA, sedangkan beliau sebelum ini beberapa kali telah mencabar Menteri UMNO yang hanya memegang jawatan parti biasa untuk berdebat.



Bagi kami, Lim Guan Eng sebenarnya sudah mati akal. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam skandal terowong ini. Oleh yang demikian, beliau cuba "spin" isu ini supaya rakyat kembali percaya kepada pihak DAP. Beliau (LGE) mengatakan bahawa ini merupakan satu serangan politik, tetapi kita sudah berkali - kali beritahu bahawa ini bukan serangan politik tetapi ini merupakan satu pendedahan terhadap projek yang bernilai berbillion ringgit yang terdapat terlalu banyak kepincangan.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Lim Guan Eng harus memberikan penjelasan kerana mangsa sekarang adalah rakyat Pulau Pinang. Tanah rakyat sudah diberi kepada syarikat SPV tetapi projek masih tidak jalan lagi. Jika semasa kes 1MDB "meletup" dahulu, pelbagai audit telah dilakukan malah 1MDB juga telah dihadapkan ke Public Accounts Committee (PAC) untuk disiasat oleh kerajaan, kenapa kerajaan negeri tidak buat perkara yang sama?

Kalau betul kerajaan Pulau Pinang telus, mereka harus mengambil auditor luar untuk menyiasat perjanjian ini dan memastikan tidak ada  salah laku. Tapi malangnya, jangan kan ambil auditor, hendak berdebat pun Lim Guan Eng tidak berani.!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget