KL CHRONICLE: @Razlanrafii : Dr. Mahathir minta sumbangan rakyat untuk PPBM, mana pergi anak - anak jutawan beliau?

Friday, February 16, 2018

@Razlanrafii : Dr. Mahathir minta sumbangan rakyat untuk PPBM, mana pergi anak - anak jutawan beliau?


*Kenyataan Media*
*Datuk Mohd Razlan Rafii*
*Ketua Pemuda UMNO Barisan Nasional*
*Wilayah Persekutuan*

*Sumber : https://goo.gl/K6DY3E*

*_Dr. Mahathir minta sumbangan rakyat untuk PPBM, mana pergi anak - anak jutawan beliau?_*

1. Saya merujuk kepada satu posting di laman Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dimana Dr. Mahathir menyeru rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan ke tabung derma PPBM. Sumbangan ini konon nya akan digunakan oleh PPBM untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.



Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2046617285610651&id=1753747611564288

2. Pertama sekali, permohonan sumbangan dari Dr. Mahathir untuk rakyat Malaysia menderma kepada PPBM bagi menghadapi PRU - 14 amat mengejutkan sekali. Ini kerana, umum ketahui bahawa anak - anak Dr. Mahathir merupakan jutawan dalam perniagaan tetapi nampaknya mereka sendiri tidak yakin didalam perjuangan PPBM. 

3. Lihat sahaja Mokhzani Mahathir. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pernah tersenarai antara 10 orang paling kaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan sebanyak hampir  RM 4.22 Billion. 

Sumber : http://m.themalaymailonline.com/money/article/as-rich-get-richer-mokhzani-breaks-into-billionaires-top-10

4. Malah bukan sahaja Mokhzani Mahathir. Mukhriz Mahathir juga diketahui mempunyai kaitan dengan syarikat Opcom dimana syarikat ini pernah mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dari Telekom Malaysia, satu syarikat milik kerajaan (GLC). Ini juga secara tidak langsung menjadikan Mukhriz Mahathir seorang jutawan yang mampu membiayai PPBM bagi menghadapi PRU - 14 yang akan datang.

Sumber : https://www.nst.com.my/business/2018/01/322016/mukhriz-sells-shares-opcom

 https://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/10/06/opcom-wins-rm68mil-job-from-telekom/

 https://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/01/22/opcom-gets-rm20m-telekom-malaysia-contract/

5. Selain Mokhzani dan Mukhriz, Mirzan Mahathir juga diketahui ramai merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Malah boleh dikatakan keluarga Dr. Mahathir bukan calang - calang keluarga. Dr. Mahathir sendiri bergerak ke negeri - negeri seluruh Malaysia dalam kempen beliau menjatuhkan Barisan Nasional menggunakan jet peribadi yang mempunyai kos yang sangat tinggi. 

6. Konklusinya, usaha Dr. Mahathir Mohamad meminta sumbangan dari rakyat Marhaein untuk meneruskan perjuangan PPBM menumbangkang kerajaan BN membuktikan bahawa anak - anak Dr. Mahathir dan mungkin Dr. Mahathir sendiri tidak yakin akan kebolehan, kekuatan serta perjuanga  PPBM bagi menghadapi PRU - 14 yang akan datang sekaligus menang dan menjadi kerajaan.

7. Oleh yang demikian, dari mereka (keluarga Dr. Mahathir) berbelanja wang mereka sendiri untuk PRU - 14 lebih baik mereka meminta derma dari rakyat. Jika PPBM kalah nanti keluarga Dr. Mahathir tidak akan rugi apa - apa kerana wang yang digunakan untuk berkempen bukan wang mereka tetapi wang orang lain. 

Akhirnya yang rugi adalah rakyat juga. Yang untung pula adalah Dr. Mahathir dan ahli keluarga beliau.

Terima Kasih

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget