KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD tingkatkan penguatkuasaan sempena Tahun Baru Cina #kltu #jbtu

Saturday, February 17, 2018

#DemiRakyat SPAD tingkatkan penguatkuasaan sempena Tahun Baru Cina #kltu #jbtu


Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana bersikap proaktif dalam meningkatkan rondaan serta aktiviti-aktiviti penguatkuasaan ketika rakyat Malaysia memulakan perjalanan mereka balik ke kampung bagi musim perayaan Tahun Baru Cina.Bagi kami di #KLChronicle, perkara ini amat wajar sekali kerana umum ketahui bahawa ketika musim perayaan, jumlah kenderaan di atas jalan raya adalah begitu banyak sekali.



Malah, memetik dari kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak SPAD, 
Sebagai satu langkah proaktif, SPAD telah melaksanakan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan dan agensi penguatkuasaan lebuh raya selama 17 hari bermula dari 9 sehingga 25 Februari.
Ini termasuk sesi bertemu orang ramai bagi meningkatkan kesedaran di terminal-terminal dan pemeriksaan 24-jam pada 14, 15 dan 18 Februari, semasa pergerakan pengangkutan awam dijangkakan pada tahap tertinggi.
Di antara aktiviti-aktiviti penguatkuasaan terlibat adalah pemeriksaan rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran dan rondaan di kawasan berisiko tinggi. Ini diikuti dengan perangkap kelajuan dan pemantauan menerusi CCTV di Pusat Operasi Lebuh Raya, dengan kerjasama PDRM dan pengendali lebuh raya.
Kami di #KLChronicle amat tertarik dengan operasi yang dilakukan oleh SPAD kerana ianya bukan sahaja melibatkan SPAD, malah melibatkan pelbagai agensi lain bagi menjadikan operasi penguatkuasaan yang dilakukan menjadi lebih efektif dalam membendung kes - kes yang menyalahi undang - undang. Contoh terbaika adalah kerjasama SPAD dengan AADK, dimana kerjasama ini akan membolehkan tindakan diambil terhadap pemandu bas yang didapati positif dadah.


Umum ketahui bahawa antara punca kemalangan jalan raya adalah kerana kecuaian pemandu.  Jika seorang pemandu merupakan seorang penagih dadah, sudah semestinya fokus pemanduan pemandu ini akan terjejas sekaligus membahayakan nyawa penumpang. Dengan melakukan kerjasama dengan AADK, SPAD dapat menghalang perkara ini dari berlaku sekaligus menyelamatkan nyawa penumpang.


Kami di #KLChronicle juga ingin memetik satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia dimana Lebih 300 penumpang bas yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baharu Cina terkandas beberapa jam semalam apabila bas yang ingin mereka naiki tidak muncul di Hentian Duta. Memetik kata - kata Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad :
“Mereka mungkin ingin mengelak daripada diperiksa SPAD kerana dipercayai tidak mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) atau kesalahan lain"
Kenyataan diatas dengan jelas membuktikan bahawa operasi SPAD membuahkan hasil apabila ada syarikat bas yang melanggar undang - undang yang telah ditetapkan takut untuk beroperasi kerana mereka bimbang akan ditangkap oleh SPAD. Harapan kami adalah supaya SPAD teruskan operasi bersepadu ini dan biar syarikat - syarikat bas yang tidak bertanggungjawab ini semua "bungkus" dan bankrap.

Tidak ada tempat di Malaysia ini bagi syarikat - syarikat yang menyalahi undang - undang seterusnya membahayakan nyawa pengguna. Apa pendapat pembaca?


==============================================================

KENYATAAN MEDIA

SPAD MENINGKATKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2018 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan rondaan serta aktiviti-aktiviti penguatkuasaan ketika rakyat Malaysia memulakan perjalanan mereka balik ke kampung bagi musim perayaan Tahun Baru Cina.

Sebagai satu langkah proaktif, SPAD telah melaksanakan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan dan agensi penguatkuasaan lebuh raya selama 17 hari bermula dari 9 sehingga 25 Februari.

Ini termasuk sesi bertemu orang ramai bagi meningkatkan kesedaran di terminal-terminal dan pemeriksaan 24-jam pada 14, 15 dan 18 Februari, semasa pergerakan pengangkutan awam dijangkakan pada tahap tertinggi.

Di antara aktiviti-aktiviti penguatkuasaan terlibat adalah pemeriksaan rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran dan rondaan di kawasan berisiko tinggi. Ini diikuti dengan perangkap kelajuan dan pemantauan menerusi CCTV di Pusat Operasi Lebuh Raya, dengan kerjasama PDRM dan pengendali lebuh raya.

Untuk maklumat lanjut sila ke pautan kenyataan media: http://www.spad.gov.my/ms/pusat-media/kenyataan-media/2018/spad-meningkatkan-aktiviti-penguatkuasaan-sempena-perayaan-tahun

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget