KL CHRONICLE: Slumber Lim Guan Eng "bidas" anak perempuan Karpal Singh, mana pergi semua anak jantan Karpal?

Tuesday, January 9, 2018

Slumber Lim Guan Eng "bidas" anak perempuan Karpal Singh, mana pergi semua anak jantan Karpal?


Kami di #KLChronicle berasa terkejut dan terkilan dengan kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini didakwa atas dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa Lim Guan Eng. Ini adalah berkaitan kenyataan Lim Guan Eng terhadap anak perempuan bekas pemimpin DAP yang disegani iaitu mendiang Karpal Singh.



Umum ketahui bahawa anak perempuan Karpal Singh iaitu Sangeet Kaur Deo yang secara terang tidak menyokong keputusan DAP untuk bekerjasama dengan bekas pemimpin UMNO Dr. Mahathir Mohamad. Beliau juga kecewa dengan keputusan DAP yang sanggup menggadai prinsip politik parti dan bersetuju untuk mencalonkan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan jika mereka menang PRU - 14. 

Tetapi anak kepada Lim Kit Siang ini dengan bongkak telah berkata:
"Pemimpin DAP menyokong keputusan ini dan walaupun ada perbezaan pendapat, ia segelintir sahaja. Bukan menyeluruh.
"Namun pada akhir nanti, ia adalah sokongan majoriti pemimpin DAP (terhadap pilihan tersebut). Ada yang tidak sokong, tetapi mereka tidak lagi berada dalam parti (DAP)," katanya kepada media di Komtar tadi.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/politik/majoriti-pemimpin-dap-sokong-tun-m-sebagai-pm-1.781332
Hebat sungguh Lim Guan Eng sekarang. Anak mendiang Karpal Singh, seorang pemimpin yang berintegriti dan disegani oleh rakyat juga dihina sebegitu rupa hanya kerana beliau (Sangeet) tidak bersetuju dengan keputusan parti. 

Untuk makluman Lim Guan Eng, Sangeet masih berada dalam parti dan bukan nya "tidak berada dalam parti" seperti yang diperkatakan Lim Guan Eng. Persoalanya mana pergi anak jantan Karpal Singh seperti Gobind, Jagdeep dan Ram Karpal? Mengapa mereka membisu apabila adik mereka dihina oleh Guan Eng?

Penakut!

Lagi artikel berkaitan isu ini;

After rebuke by Karpal’s daughter, Guan Eng claims most in DAP want Dr M

Read more at http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/after-rebuke-by-karpals-daughter-guan-eng-claims-most-in-dap-want-dr-m#RSmP66era9lsGiAQ.99

DAP dismisses Sangeet's remarks on Dr M

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/408091#wFpjqvr2bL7K4veY.99

Only a couple of DAP members unhappy with Pakatan’s PM pick, says Guan Eng https://www.themalaysianinsight.com/s/31594/

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget