KL CHRONICLE: SPAD dan kerajaan tunaikan janji, 300 pemandu teksi diberi lesen teksi individu #DemiRakyat #Negaraku

Tuesday, December 12, 2017

SPAD dan kerajaan tunaikan janji, 300 pemandu teksi diberi lesen teksi individu #DemiRakyat #Negaraku



Baru - baru ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan bagi Permit Teksi Individu melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Pada majlis ini, seramai 300 pemandu teksi telah dianugerahkan Surat Tawaran Kelulusan (STK) bagi mendapatkan lesen teksi individu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.




Bagi mereka yang tidak tahu, TITP ini telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Didalam satu kenyataan YAB Perdana Menteri pada 18 Oktober 2016, antara perkara yang menarik yang disentuh oleh YAB PM adalah:
TITP juga mengambil inisiatif untuk memelihara kebajikan pemandu teksi melalui penyeragaman kontrak pajak, pembukaan permohonan lesen teksi individu, memperluas senarai kereta layak sebagai teksi dengan mementingkan ciri keselamatan, serta meletakkan KPI ke atas syarikat-syarikat teksi.
Sumber : https://www.najibrazak.com/bm/blog/transformasi-industri-teksi/

Dengan komitmen kerajaan dan SPAD dalam memastikan TITP berjaya, SPAD telah menganugerahkan STK keapda 300 pemandu teksi. Ini dengan sendirinya menjadikan pemandu teksi ini sebagai "Bos" dimana mereka kini tidak terikat dengan kontrak pajak melalui syarikat - syarikat teksi seperti sebelum ini. Umum ketahui bahawa selama ini, pemandu teksi dilayan seperti hamba dimana syarikat teksi mengaut keuntungan yang tinggi "at the expense of the taxi drivers".



Namun, dibawah pentadbiran YAB Perdana Menteri, ini tidak berlaku lagi.

Selain itu, kami di #KLChronicle juga ingin memberitahu pembaca bahawa program TITP dan juga pemberian lesen individu ini sudah bermula sekian lama. Kami pernah menulis tentang pemberian permit individu ini disini:
Diberi RM 5,000 dan lesen individu, pemandu teksi disayangi kerajaan BN #DemiRakyat #SPAD #Negaraku #Malaysia : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/08/diberi-rm-5000-dan-lesen-individu.html
Rezeki #Ramadhan , SPAD beri 300 lesen individu kepada pemandu teksi di bawah program TITP #Negaraku #Malaysia : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/06/rezeki-ramadhan-spad-beri-300-lesen.html
Ini dengan jelas membuktikan komitmen SPAD dan Kerajaan BN dalam memastikan segala JANJI DITEPATI. Kami juga berharap dan dengan rendah diri memohon ihsan pemandu - pemandu teksi supaya terus menyokong kepimpinan kerajaan BN kerana telah terbukti YAB Perdana Menteri dan SPAD sedang cuba sebaik mungkin untuk memastikan win - win situation bagi semua "stakeholder" didalam Industri Pengangkutan Awam Darat negara.


Kami juga yakin jika YAB Perdana Menteri terus mentadbir negara, lebih banyak inisiatif dan program akan diadakan bagi memelihara kebajikan pemandu teksi di negara ini.

Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget