KL CHRONICLE: Shafie Apdal dipanggil menghadap SPRM pukul 5 pm di Kota Kinabalu #Negaraku #Malaysia

Thursday, October 19, 2017

Shafie Apdal dipanggil menghadap SPRM pukul 5 pm di Kota Kinabalu #Negaraku #Malaysia


Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 5 petang ini untuk memberi keterangan siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015.



Menurut sumber, Mohd. Shafie yang kini berada di Kuala Lumpur akan menaiki penerbangan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 3.30 petang.

Beliau kemudiannya akan terus ke pejabat SPRM di Wisma Sulaman di sini untuk tujuan itu.

Sebelum ini, banyak pihak telah menjangka Mohd. Shafie akan dipanggil memandangkan beliau adalah Menteri KKLW sepanjang tempoh berkenaan.

Siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009 itu setakat ini menyaksikan RM179 juta dibekukan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan dana RM1.5 bilion yang diseleweng dalam tempoh tujuh tahun itu.

1 comment:

Anonymous said...

Dh bermalam di SPRM la..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget