KL CHRONICLE: BR1M dan keprihatinan serta sikap tanggungjawab PM @NajibRazak #Negaraku #Malaysia #KekalNajib

Friday, October 20, 2017

BR1M dan keprihatinan serta sikap tanggungjawab PM @NajibRazak #Negaraku #Malaysia #KekalNajib


1. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bukan bantuan untuk rakyat miskin. Ia adalah bantuan kepada kelompok B40 bagi mengurangkan beban perbelanjaan keperluan asas.

2. Apakah B40? B40 bukan umur bawah 40 tahun. Ia merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan bawah RM 3,900.00 sebulan.



3. Mengapa BR1M diberikan kepada kumpulan ini? BR1M diberikan kepada kumpulan ini sebagai sebahagian daripada dasar rasionalisasi subisidi.

4. Apabila kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi pukal kepada barangan seperti gula, petrol dan beberapa lagi barangan keperluan asas,maka kerajaan yang prihatin mengambil kira pertambahan bulanan "perbelanjaan dapur" isi rumah akibat ketiadaan subsidi. 

5. Atas sebab itu, kerajaan memberi BR1M kepada rakyat berpendapatan bawah RM 3,900.00. 

6. Apabila GST diperkenalkan, kerajaan sedar ia menyebabkan inflasi biarpun banyak barang keperluan tidak dikenakan GST. 

7. Justeru sekali lagi kerajaan menaikkan kadar bayaran BR1M untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup. 

8. Jadi BR1M bertujuan MEMBANTU menampung peningkatan kos sara hidup bukannya membantu orang miskin. Namun tidak dinafikan ia turut membantu kumpulan rakyat miskin dan miskin tegar. 

9. Dalam ekonomi bebas seperti Malaysia, kerajaan tidak akan mampu mengawal kenaikan harga barang secara tuntas. Justeru apa yang kerajaan buat ialah membantu kumpulan yang perlu dibantu.

10. Adakah BR1M merupakan pembaziran seperti dakwaan Mahathir? Tidak! BR1M membantu kerajaan menjimatkan kewangan negara.

11. Sekiranya kekal dalam sistem lama "subsidi kepada peniaga" tinggalan Mahathir, Kerajaan perlu memperuntukkan sekitar RM 80 bilion setahun. (Ini berdasarkan anggaran subsidi petrol pada 2008 sahaja mencecah RM 40B).

12. Peningkatan besar subsidi ini:
(i) kerana pertambahan jumlah penduduk menyebabkan peningkatan penggunaan barangan subsidi
(ii) Perubahan gaya hidup rakyat - cara pemakanan dan pemilikan kenderaan menyebabkan penggunaan barang-barang subsidi meningkat dengan drastik. 
(iii)Harga barangan di pasaran dunia juga naik menyebabkan kos subsidi makin bertambah.

13. Justeru BR1M sebenarnya membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan subsidi kerana ia hanya menggunakan peruntukan sekitar RM 7 bilion setahun.

14. Kerajaan masih membelanjakan sekitar RM 10 bilion setahun untuk subsidi gas memasak, pengangkutan awam dan tol; dan RM 12 bilion untuk subsidi perkhidmatan kesihatan.

15. Jadi bagaimana Mahathir mahu mendakwa BR1M tidak baik untuk negara?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget