KL CHRONICLE: Video pemimpin UMNO Tan Sri Annuar Musa kini viral di media sosial #Negaraku #Malaysia #YP

Wednesday, July 12, 2017

Video pemimpin UMNO Tan Sri Annuar Musa kini viral di media sosial #Negaraku #Malaysia #YP



Kami di #KLChronicle baru mendapat satu video ucapan Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Di dalam video tersebut, TSAM menyentuh tentang beberapa perkara seperti kejayaan kerajaan Barisan Nasional memimpin negara dan juga sikap jijik, biadap dan tidak bertanggungjawab Pakatan Pro - DAP. 



Eksport Malaysia lebih baik dari Singapura, masih DAP cuba mengkritik kerajaan
Antara intipati video tersebut adalah sikap busuk pihak pembangkang yang hanya tahu mengkritik kerajaan BN walaupun:

1. Ekonomi negara bertambah baik
2. Perpaduan negara baik
3. Kerajaan stabil tanpa sebarang masalah

Namun, ketisga - tiga kejayaan ini menjadi igaun ngeri pihak pembangkang terutamanya DAP. Kami di #KLChronicle bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh TSAM. Ini dapat dibuktikan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak DAP yang selama hampir 50 tahun menakutkan rakyat di negara ini dengan mengatakan Malaysia akan bankrap. Sehingga hari ini nampaknya Malaysia masih tidak bankrap dan ini menjadi igaun Lim Kit Siang.

Dari 50 tahun dahulu mereka kata kerajaan akan bankrap, ada pula rakyat yang percaya
Rakyat perlu ingat bahawa kerajaan BN merupakan kerajaan Pro - Rakyat dimana semua polisi, dasar dan program yang dilakukan oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Pembangkang pula merupakan satu Pakatan Pro - DAP dimana apa sahaja polisi, dasar dan program yang mereka lakukan adalah untuk memastikan kelangsungan politik DAP dan Dinasti Lim.

Jika tidak, mana mungkin Parti PAN di Kelantan sanggup mengadakan program ceramah besar - besaran hanya untuk Lim Kit Siang. Sebagai tanda puas hati Kit Siang, beliau akhirnya bersetuju untuk menjadikan Husam Musa bakal Menteri Besar Kelantan. Ini dengan jelas menunjukkan DAP adalah Bos didalam Pakatan pembangkang. Adakah ini yang anda mahu?

Bagi mereka yang tidak dapat melihat video ini, sila klik link berikut : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=801343816706543&id=273931962781067

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget