KL CHRONICLE: Pembangkang Pening : Pakatan Rakyat Belum Mati, Pakatan Harapan Bila Yang Hidup?

Wednesday, July 12, 2017

Pembangkang Pening : Pakatan Rakyat Belum Mati, Pakatan Harapan Bila Yang Hidup?


Pakatan pembangkang di negara ini kembali bergoncang, bila ada dua pihak di dalamnya bertentangan pendapat berkenaan kewujudan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini sudah diumumkan mati dan berkubur oleh DAP.




Dua tahun yang lepas, Kit Siang berkata pada 16 Jun 2015, "Tidak perlu menunggu pengumuman Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail untuk mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud" kata Kit Siang. DAP sudah dua tahun anggap PR mati. 

Tiba tiba hidup balik bila Azmin Ali menyatakan bahawa PR itu masih hidup di Selangor. 

'Dalam konteks kerajaan negeri, Pakatan Rakyat masih wujud kerana ia mandat yang diberikan oleh rakyat, sebagai Menteri Besar Selangor, saya perlu membawa mandat itu," kata Azmin Ali. Bukan sahaja Azmin, Ketua Pembangkang dan Presiden PKR, Wan Azizah  juga bersetuju PR masih wujud biarpun di pihak DAP, pakatan itu sudah mati. 

Bercanggah bila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, berkata PR sudah tidak lagi wujud di Selangor pada waktu ini. Saifuddin sudah sanggup bersama DAP berbanding PKR, asalkan dilantik jadi Timbalan Ketua Menteri suatu hari nanti.

Sudah dua tahun, baru hendak bincang soal hidup mati Pakatan Rakyat. Yang DAP sudah mati di sisi ROS sejak Disember 2012 tidak pula mahu diisytiharkan mati oleh DAP? Kit Siang sudah menangis pada 2013 kerana DAP sudah boleh dikuburkan kerana tidak sah dari segi ROS. 

Patutnya sudah mati, tetapi ROS masih lagi beri peluang untuk menghidupkan balik parti DAP yang telah mati. Minta buat pemilihan semula. Itu pun DAP takut hendak lakukan. 

Pembangkang memang suka buat parti yang haram dan berstatus mati ini. Pakatan Harapan (PH) yang diwujudkan dengan kehadiran PAN dan kemudian PPBM pun masih belum didaftarkan secara sah dengan ROS. 

PH kalau dilihat pada rekod ditubuhkan pada 22 September 2015 dengan diwakili tiga parti pada awalnya iaitu DAP, PKR dan PAN selepas mereka menyingkirkan PAS. 

Kemudian dalam PH, dimasukkan pula parti oleh Mahathir, parti PPBM menjadikan semua parti di dalamnya ada empat. PH ini pun belum "dihidupkan" secara sah dari segi perlembagaan dan peraturan ROS.

Sebulan yang lepas, Teresa Kok kata hal logo PH hampir siap. Sampai hari ini masih lagi tidak siap siap. Organisasi PH pun masih belum selesai. Siapa jadi Pengerusi, Penasihat dan Ketua dalam PH masih belum ada. 

Mesyuarat sudah banyak kali, tetapi habuk apa pun tiada. Menjadi habuk kerana mereka bergaduh sesama mereka. Sudah keluar bermacam macam kabinet bayangan versi DAP dan PKR, tetapi senarai sebenarnya masih belum ada.

Dari September 2015 hingga kini, Julai 2017, sudah hampir dua tahun dah Pakatan Harapan dijaja sebagai gabungan baru pembangkang. PH masih belum lagi dihidupkan secara sah oleh mereka. Calon Perdana Menteri pun mereka masih berebut sesama mereka. Sekejap orang itu, sekejap orang ini. 

Oleh itu, buang masa sahajalah Rafizi pusing jelajah Malaysia guna trak. Pusing dan ceramah buat apa jika masalah asas pembangkang masih belum selesai. Hendak perintah bagaimana kalau sesama mereka masih bergaduh macam budak budak sekolah.

Azmin gaduh dengan Guan Eng, Saddiq kelahi dengan Midah, Rafizi gaduh dengan Adam Rosly, Kit Siang gaduh dengan Tan Seng Giaw, Muhyiddin gaduh dengan Mukhriz, Wan Azizah masih lagi berdendam dengan Mahathir. 

Ini bukan pakatan namanya, ini perbalahan namanya. Masalah parti sendiri tidak boleh selesai, sibuk hendak bermimpi rebut Putrajaya. Parti DAP dengan masalah pemilihan CEC, manakala yang lebih besar lagi adalah gabungan besar pembangkang. 

Apa nama mereka sebenarnya? Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan? Dua dua masih belum mati dan masih belum hidup. Sudah sudahlah menipu rakyat hidup hidup.

Selesaikan dulu masalah dalam parti pembangkang sebelum hendak bermimpi apa pun. Pembangkang di Malaysia ini sedang pening. Status badan mereka sendiri pun tidak tahu, hidup ke mati?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget