KL CHRONICLE: Tan Sri Annuar Musa dedah sikap jijik pemerintah Amerika campuri urusan #Negaraku #Malaysia

Tuesday, June 20, 2017

Tan Sri Annuar Musa dedah sikap jijik pemerintah Amerika campuri urusan #Negaraku #Malaysia

TSAM gesa ahli UMNO terus bersatu pertahankan parti dan kerajaan 
Ahli Parlimen ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa (TSAM) hari ini mendedahkan sikap jijik pemerintah Amerika Syarikat yang suka mencampuri urusan dalaman negara lain sehingga membawa kepada pertukaran kerajaan. 




Bagi kami di #KLChronicle apa yang didedahkan oleh TSAM ini mempunyai basis kerana rujukan yang digunakan adalah berdasarkan real life situation dimana rakyat negara Timur Tengah kini sedang menderita akibat campur tangan Amerika Syarikat didalam negara mereka. 

Lihat sahaja Iraq dimana dulu ketika pemerintahan Saddam Hussein mereka merupakan antara pengeluar minyak paling besar di dunia, mempunyai tentera yang moden serta canggih, dan sistem sosial dan pendidikan yang boleh dibanggakan. Kini Iraq merupakan a failed state dimana rakyat nya mati kebuluran akibat tidak cukup makanan. 

Cynthia Gabriel antara rakyat Malaysia yang sanggup menjadi tali baru CIA
Di Malaysia pula, masih ramai yang mengagungkan Amerika sehingga rakyat Malaysia sendiri berbangga apabila menerima bantuan dari George Soros, CIA dan NGO - NGO seperti NED yang dengan terbuka menjadi agen kepada perubahan rejim di seluruh dunia.

Adakah kita tidak risau nasib yang menimpa Iraq, Libya, Mesir dan sebagainya juga terjadi di negara ini?

Kepada ahli - ahli parti UMNO, terimalah nasihat dan seruan TSAM supaya:


Seluruh kekuatan jentera Penerangan parti di semua peringkat agar tidak mudah alpa, malah sebaliknya melipatgandakan usaha memerangi setiap fitnah, ugutan, perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media.

Kerana sesungguhnya sebuah kerajaan itu boleh tumbang hanya kerana fitnah yang berleluasa. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget