Thursday, June 1, 2017

Selamat Tinggal Tan Sri Muhyiddin Yassin


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kini nampaknya dalam masalah besar. Sejak beliau keluar dari UMNO nothing it seems to be going right for him. Cita - cita beliau untuk menggantikan Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak juga nampaknya tidak akan menjadi kenyataan. 


Laporan Polis terhadap TSMY

Malah baru - baru ini, seorang ahli akar umbi PPBM telah membuat satu laporan polis terhadap TSMY kerana TSMY telah berbohong tentang penglibatan ahli tersebut dalam parti PKR sebelum menyertai PPBM. Akibat kecewa dengan tindakan TSMY hampir 500 orang ahli PPBM Rembau telah mengumumkan keluar parti. 

Bukan itu sahaja, minggu lepas lebih 1,000 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian PPBM Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti

Tindakan itu susulan kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu diberikan kepada beliau.

Tindakan ahli - ahli PPBM ini membuktikan pengaruh TSMY dalam PPBM juga semakin terhakis. Lebih memalukan adalah apabila Naib Presiden PPBM sendiri iaitu Hamidah Osman secara "terbuka" menegur TSMY di dalam media sosial. beliau telah dipetik berkata:

“Saya sedih dengan tindakan yang dibuat sebab saya tahu Kamarulazman ini adalah orang yang awal dan pengasas parti dan saya tahu beliau banyak berkorban.

“Saya rasa perkara ini satu perkara serius dan tidak boleh dipandang remah, Muhyiddin selaku presiden kena melihat perkara ini dan tidak boleh terus berdiam diri.

Nasihat kami di #KLChronicle kepada TSMY adalah supaya beliau bersara sahaja dari politik kerana terbukti beliau tidak mampu untuk mengawal ahli -ahli beliau sehingga mereka tidak lagi menghormati beliau. 

Macam mana mahu jadi PM kalau parti sendiri pun tidak boleh jaga?

No comments:

Post a Comment