KL CHRONICLE: Pemuda UMNO Seputeh turun bersihkan kubur umat Islam di Sg. Besi

Saturday, May 13, 2017

Pemuda UMNO Seputeh turun bersihkan kubur umat Islam di Sg. Besi


#KLChronicle : Satu lagi program #DemiRakyat dari Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Tahniah!

KUALA LUMPUR 13 Mei - Kira-kira 100 penduduk sekitar berkumpul di Tanah Perkuburan Islam Sungai Besi, di sini bagi menjayakan program Jom Bersih Kubur anjuran Pemuda UMNO cawangan Kuchai Entrepreneurs Park.




Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, program tahunan itu diadakan dengan kerjasama Masjid Ibnu Khaldun Sungai Besi, Masjid al-Muhsinin Taman Desa dan Surau Nurul Hidayah Jalan Kuchai Lama.

“Tahun ini kita menampilkan kelainan apabila menjemput sukarelawan daripada Kelab Kebajikan Jabatan Radiologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Program bersifat aktiviti kesukarelawan itu bertujuan memupuk sikap kerjasama masyarakat selain menerapkan elemen kebersihan dalam diri masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program tersebut hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget