KL CHRONICLE: @DrDzul guna data palsu dari SPAD untuk hentam Perdana Menteri?

Saturday, April 22, 2017

@DrDzul guna data palsu dari SPAD untuk hentam Perdana Menteri?

Dzulkefly Ahmad bersama sahabat - sahabat beliau

1. Nampaknya pemimpin pembangkang Dr. Dzulkefly Ahmad dari PAN kini semakin terdesak untuk terus kekal relevan dalam permainan politik negara ini apabila menggunakan maklumat serta data yang diragui kesahihannya untuk membidas Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. 




2. Dalam satu artikel tulis beliau semalam, Dzulkefly Ahmad telah membidas Perdana Menteri supaya "jangan syok sendiri" dengan kajian yang dijalankan oleh World Economic Forum (WEF) yang telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 terbaik dunia dalam infrastruktur pengangkutan awam dan swasta.


3. Perlu diingatkan bahawa penerbitan data oleh WEF ini dilakukan sekitar 8 - 9 April 2017. Oleh yang demikian, rujukan Dzulkefly Ahmad bahawa terdapat satu kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) konon nya dalam survei terkini mengenai tahap kepuasan pengguna pengangkutan awam menunjukkan 48 peratus pengguna pengangkutan awam tidak berhasrat menggunakan pengangkutan awam pada masa hadapan.

4. Jika dilihat dari tulisan Dzulkefly Ahmad, makna nya satu kajian telah dilakukan oleh SPAD selepas 9 April 2017 bagi mendapatkan maklumbalas pengguna tentang tahap kepuashatian pengguna menggunakan pengangkutan awam.  Namun, apabila kami di #KLChronicle menyemak perkara ini dengan kakitangan SPAD mereka telah mengesahkan bahawa tiada sebarang kajian yang dibuat seperti yang didakwa Dzulkefly Ahmad. 

5. Ini membuktikan Dzulkefly Ahmad telah berbohong dan cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap kejayaan kerajaan BN dalam membangunkan industri perkhidmatan awam negara seperti yang telah diiktiraf oleh WEF. Ini serupa dengan tindakan jijik pemimpin pembangkang lain yang cuba mensabotaj ekonomi negara dengan menghalang pelaburan dari negara luar.

6. Mereka ini semua merupakan pengkhianat yang lebih mementingkan kerjaya politik mereka berbanding kesejahteraan rakyat. Kami menyeru kepada pambaca supaya jangan sesekali mengundi pemimpin pembangkang pada PRU akan datang kerana mereka ini tidak pernah memikirkan kemajuan negara dan hanya tahu "complain" dan mengkritik sahaja. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget