KL CHRONICLE: Banduan diberi layanan istimewa melawat isteri sakit

Tuesday, March 28, 2017

Banduan diberi layanan istimewa melawat isteri sakit

Untung sungguh menjadi banduan bernama Anwar Ibrahim

Jabatan Penjara Sungai Buloh meluluskan permohonan istimewa keluarga banduan Anwar Ibrahim untuk membenarkan beliau melawat isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dimasukkan ke hospital, semalam.



Anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, mengesahkan kelulusan istimewa itu dan memaklumkan bapanya yang didapati bersalah kerana meliwat telah meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama ibunya.

"Peguam kami menghantar surat kepada pihak pengurusan Penjara Sungai Buloh bagi mendapatkan kebenaran istimewa selepas memberikan surat pengesahan doktor.

"Alhamdulillah, ayah (Anwar) diberi kebenaran istimewa berada di hospital di samping ibu dan ahli keluarga yang lain semalam," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Semalam, Dr Wan Azizah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Setiausaha Politik beliau, Rodziah Ismail, berkata keadaan ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu stabil dan tidak membimbangkan

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget