KL CHRONICLE: Jarak perjalanan hanya 6 km, pemandu teksi kenakan caj RM 800 kepada pelancong Perancis Cc @SPADChannel

Thursday, December 22, 2016

Jarak perjalanan hanya 6 km, pemandu teksi kenakan caj RM 800 kepada pelancong Perancis Cc @SPADChannel


Seorang pemandu teksi tempatan yang biadap dan tidak bertanggungjawab telah menipu dua orang pelancong Perancis dengan mengenakan caj sebanyak RM 800 kepada mereka. Kedua - dua orang pelancong ini telah menaiki teksi dari KLCC dan hendak ke Masjid Negara tetapi telah ditipu oleh pemandu teksi ini dan dibawa ke KLCC - Putrajaya -Masjid Negara. 



Menurut mangsa yang bernama Sarah, selepas tiba di Masjid Negara, beliau telah dipaksa untuk membayar RM 800 kepada pemandu teksi berkenaan. Takut akan keselamatan beliau dan tidak mempunyai apa - apa pilihan yang lain, beliau telah membayar wang yang diminta supaya tidak ada perkara yang buruk berlaku kepada beliau dan rakan beliau.

Selepas insiden tersebut, Sarah bersama rakan beliau telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan menceritakan apa yang telah terjadi kepada beliau. Menurut jurucakap SPAD, laporan yang diterima mencukupi bagi SPAD melakukan siasatan dan kini mereka (SPAD) sedang menjejaki pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab tersebut. 

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan pemandu teksi ini sebenarnya merosakkan lagi imej pemandu dan industri teksi di negara ini. Akibat suka menipu dan tidak bertanggungjawab, rakyat di negara ini sudah tidak lagi menggunakan perkhidmatan teksi tetapi sudah beralih ke UBER dan GRABCAR yang lebih telus serta memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna. 

Kami di #KLChronicle merayu kepada pihak SPAD supaya menangkap pemandu teksi ini dan membatalkan lesen beliau serta merta. Ini kerana sikap pemandu teksi ini telah menjejaskan imej negara di mata pelancong asing dan mungkin mereka tidak lagi mahu kembali ke Malaysia untuk bercuti kerana sikap buruk pemandu teksi yang kita ada. SPAD harus bersikap tegas dan jangan berkompromi dengan puak - puak ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget