KL CHRONICLE: #TahukahAnda PM @NajibRazak Mahu jadikan FELDA kuasa besar ekonomi

Sunday, March 20, 2016

#TahukahAnda PM @NajibRazak Mahu jadikan FELDA kuasa besar ekonomi



Baru - baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarakan satu kenyataan dimana beliau mahu Felda menjadi sebuah kuasa besar ekonomi yang akan terus membela nasib peneroka sehingga ke generasi akan datang. Ini sejajar dengan visi dan aspirasi kerajaan yang mahukan anak -  anak FELDA generasi kedua & ketiga terus menikmati nikmat yang diberikan FELDA kepada peneroka generasi pertama. 



Bagi kami di #KLChronicle, impian Perdana Menteri dan Kerajaan ini adalah suatu perkara yang sangat baik. Ini kerana pertamanya, apabila Perdana Menteri sendiri sudah berkata beliau mahu FELDA menjadi "kuasa besar ekonomi" , secara tidak langsung kerajaan akan membantu FELDA untuk mencapai impian ini jika UMNO - Barisan Nasional kekal berkuasa. 

Kedua, impian yang disuarakan oleh Perdana Menteri terhadap FELDA ini bukan omong - omong kosong. Ini telah dibuktikan dengan usaha Perdana Menteri dan kerajaan dalam beberapa perkara antaranya:

 "Sebab itu kita buat bangunkan Felda, kita buat FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd), kita buat macam-macam untuk jadikan Felda ini sebagai satu kuasa besar ekonomi," 

"Di Felda ini, mereka yang tak ada tanah diberi tanah. Ingat apa yang Allahyarham Tun Razak sebut 'land for the landless'. Mereka yang tak ada tanah kita berikan tanah 10 ekar (4 hektar).

"Sehingga kini bukan sahaja dapat tanah, malah dapat rumah, sekolah, masjid dan peluang generasi kedua untuk mendapat pinjaman rumah,".

                                                                                                                  -Perdana Menteri-


Ketiga, komitmen yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan ini berbeza dengan mantan Perdana Menteri yang dahulu dimana segala projek dan bangunan diberikan kepada kroni - kroni dan sebagainya. Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak pula berbeza dimana beliau memperkasakan syarikat - syarikat GLC seperti FELDA, Prasarana, MAB dan sebagainya. Ini kerana syarikat - syarikat ini mempunyai ratusan ribu pekerja yang rata - ratanya berbangsa Melayu/Islam. 

Konklusinya, dengan UMNO - Barisan Nasional sebagai parti dominan dan terus menjadi kerajaan di negara ini, kebajikan FELDA serta kesejahteraan peneroka FELDA akan terus terjamin. Jika suatu hari nanti UMNO - Barisan Nasional tumbang dan DAP menjadi kerajaan, masa depan FELDA sudah pastinya tidak akan terjamin dan impian Perdana Menteri untuk jadikan FELDA kuasa besar ekonomi akan gagal sama sekali. 

Adakah peneroka FELDA mahu ini terjadi?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget