KL CHRONICLE: SPAD Mahu Tindakan Tegas diambil terhadap pemandu bas yang belasah penumpang

Tuesday, February 2, 2016

SPAD Mahu Tindakan Tegas diambil terhadap pemandu bas yang belasah penumpang



Susulan daripada tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu bas ekspress yang telah memukul seorang penumpang beliau, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan. Malah, SPAD juga kini telah mengenalpasti mangsa dan membantu mangsa membuat laporan polis di Melaka.

Insiden ini berlaku apabila pemandu bas tersebut mengamuk gara - gara salah faham antara pemandu bas dan penumpang. Salah faham ini hanyalah disebabkan tempat tidur dimana penumpang tersebut tersilap tidur di tempat tidur pemandu.



Malah lebih jijik lagi, pemandu tersebut telah melempang, menendang dan memukul muka mangsa menggunakan selipar. Dalam satu rakaman video yang diambil oleh penumpang lain, pemandu bas tersebut telah berkata:





“Jangan campur ah, lu orang jangan ganggu saya ah… Tak puas hati cakap sama saya ah, itu saya punya tempat tidur tau… Saya hantam betul-betul lu tau ah? Tada otak ka tempat tidur saya mau masuk?” kata pemandu bas itu.

Pada mulanya kami di #KLChronicle tidak mahu mendedahkan nama syarikat bas tersebut namun setelah tiada kenyataan maaf dilakukan oleh syarikat bas tersebut kami terpaksa mendedahkan bahawa nama syarikat bas tersebut adalah syarikat Seasons Express.

Kami juga ingin memuji langkah pihak SPAD yang sebaik menerima laporan ini terus mengambil tindakan dengan mencari mangsa yang terlibat dan memanggil pengurusan syarikat untuk diambil tindakan. Kesungguhan SPAD ini sedikit sebanyak memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam kes - kes jenayah yang melibatkan pengusaha serta pemandu perkhidmatan awam darat di negara ini.

1 comment:

PASDAPX said...

Season Express ni salah satu bas ekspres Cinapek puak DAP... company penyangak yang suka menipu penumpang dengan trip sekerat2.. lepas tu pemandu nya bawak bas macam samseng jalan..

Gaji pemandu haram jadah tu duit tiket penumpang.. lagak samseng.. org lain pun tgk saja.. kalau kes tu tak betul takpayah pukul2 la ckp marah sudah.. pukul2 itu kes jenayah!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget