KL CHRONICLE: Kenyataan @MukhrizMahathir buktikan dia ketinggalan dan tidak faham banyak perkara

Tuesday, February 9, 2016

Kenyataan @MukhrizMahathir buktikan dia ketinggalan dan tidak faham banyak perkara


1. Selepas meletak jawatan akibat kegagalan mendapat sokongan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian di Kedah dan istana Kedah, Mukhriz kelihatan terdesak apabila cuba mengheret Majlis Raja-raja Melayu bagi menjayakan agenda bapanya untuk menjatuhkan PM Najib Razak.
2. Kenyataan terbaru Mukriz membuktikan sikap tidak matangnya dalam berpolitik dan betapa dia ketinggalan dalam memahami isu berkaitan 1MDB. Sebagai mantan pemimpin tertinggi di sebuah negeri, jelas Mukhriz juga tidak menguasai isu dan tidak berkebolehan menjelaskan isu seperti MB Negeri Sembilan.


3. Tidak masuk akal bila seorang mantan MB tidak sedar dan tidak pernah membaca bahawa siasatan ke atas 1MDB telah dimulakan lama sebelum ini. Ketua Audit Negara telah membentangkan Laporan awal pengauditan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Parlimen (PAC) pada 9 Julai 2015. Laporan awal ini menunjukkan tiada penyelewengan dana dan laporan penuh akan dibentangkan kpd PAC pd bulan Februari 2016.
Cubaan mereka berdua untuk jatuhkan Presiden Parti gagal
4. Mendakwa PM menjadi suara rasmi 1MDB juga adalah suatu kenyataan politik murahan. Najib hanya menjawab soalan yang dikemukakan kepada beliau atas kapasiti beliau sebagai PM. Sejak awal tahun 2015, suara rasmi 1MDB adalah dari Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, iaitu Arul Kanda dan 1MDB sendiri, bukan daripada PM. Sejak Februari 2015 sehingga Januari 2016 sebanyak lebih daripada 95 kenyataan rasmi dikeluarkan oleh 1MDB sebagai respon terhadap pelbagai isu berkaitan 1MDB. 1MDB juga telah memberi kerjasama dalam semua siasatan termasuk yg dilakukan oleh PAC, PDRM, SPRM, Bank Negara dan Ketua Audit Negara. Arul Kanda juga secara aktif telah turun padang untuk menjelaskan isu 1MDB kepada pelbagai pihak di seluruh negara.
5. Siasatan SPRM mengesahkan sumbangan dana politik RM2. 6 bilion tiada kaitan dengan 1MDB, sebaliknya adalah derma daripada penderma yang berasal dari Timur Tengah. SPRM menerima maklumat ini dari dokumen dan surat yang diperolehi dari bank terbabit. SPRM juga mengesahkan mereka telah berhubung sendiri dengan penderma tersebut dalam kenyataan mereka pada 5 Ogos 2015.
6. Siasatan Bank Negara juga jelas membuktikan 1MDB tidak disiasat atas kesalahan penggubahan wang haram, penyalah gunaan dana awam atau menerima wang dari sumber yang salah, sebaliknya 1MDB disiasat di atas kesalahan membuat perisytiharan yang kurang tepat. Sekali lagi 1MDB didapati tidak melanggar peraturan kerana mereka telah mendapat nasihat dan tiga kebenaran dari Bank Negara bagi membuat pengiriman wang ke luar negara.
7. Penjelasan mengenai bagaimana RM42 bilion dibelanjakan juga telah dijelaskan berkali-kali. 1MDB telah mengeluarkan jadual ringkasan perbelanjaan RM42 bilion ini berdasarkan penyata akaun beraudit yang merupakan dokumen awam dan boleh diakses oleh Mukhriz. Malangnya Mukhriz tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini.
8. Telah dijelaskan berulang kali 1MDB tidak menerima RM42 bilion daripada kerajaan sebaliknya hanya RM1 juta. Telah dijelaskan juga pembiayaan 1MDB sebanyak RM42 bilion ini majoritinya diraih melalui bon dan sukuk. Dari jumlah RM42 bilion ini, RM18 bilion merupakan pelaburan dalam sektor tenaga melalui pembelian tiga IPP, RM1. 7 bilion adalah pembiayaan dalam sektor hartanah, melalui pembelian tanah TRX, Bandar Malaysia dan Air Itam. RM15.4 adalah dana pelaburan dan aset kewangan, RM5. 8 bilion adalah untuk modal kerja, kos kewangan, kos pertukaran matawang asing dan pembayaran cukai. Sebanyak RM900 juta lagi adalah baki tunai.
9. Sebanyak 46 soalan pokok mengenai 1MDB telah dijawab di dalam buku terbitan JASA. Turut dimasukkan adalah jawapan-jawapan mengenai perkembangan terkini pelan rasionalisasi dan siasatan ke atas 1MDB sehingga awal Januari 2016. Ia telah digunakan untuk menjelaskan isu ini di negeri-negeri dan bahagian-bahagian.
10. Telah dijelaskan juga melalui pelan rasionalisasi 1MDB, hutang-hutang 1MDB telah dapat dikurangkan secara drastik. Penjualan Edra Energy mencapai nilai RM17. 3 bilion, perjanjian pertukaran aset dan hutang dengan IPIC dapat mengurangkan sehingga RM16 bilion hutang 1MDB. Penjualan saham pembangunan Bandar Malaysia boleh mengurangkan sehingga RM7.41 bilion. Pada waktu yang sama 1MDB masih mengekalkan pemilikan 40% saham pembangunan Bandar Malaysia, 100% pemilikan tanah Air Itam dan Pulau Indah, serta saham pembangunan TRX.
11. Di Kedah, bukan sahaja Mukriz tidak memanfaatkan maklumat-maklumat berkaitan 1MDB seperti ini, malah tidak nampak sebarang usaha untuk memanggil Arul Kanda, 1MDB atau mana-mana pihak lain datang ke Kedah untuk memberikan penjelasan. Bagaimanakah jentera kerajaan negeri Kedah dan jentera BN Kedah dapat bergerak menjelaskan isu ini kepada rakyat jika semasa menjadi MB dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO/BN Negeri Mukhriz terlalu ketinggalan dalam memahami isu ini dan pelbagai isu lain termasuk GST?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget