KL CHRONICLE: Part 1 : 5 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Bus Network Revamp (BNR)

Thursday, December 3, 2015

Part 1 : 5 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Bus Network Revamp (BNR)



Pada 1 December 2015, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengimplimentasikan projek pengubahsuaian rangkaian bas Kuala Lumpur atau dalam Bahasa Inggeris adalah Bus Network Revamp (BNR) dimana BNR ini adalah satu inisiatif dibawah National Key Result Area (NKRA)  bagi memperbaiki mutu perkhidmatan bas di Greater Kuala Lumpur demi kesejahteraan rakyat. 



Sudah pasti, apabila ada perubahan berkaitan sesuatu perkara rakyat akan membangkitkan beberapa persoalan dan ada segelintir yang akan membantah penambahbaikkan yang dilakukan kerana mereka telah berasa selesa dengan "sistem lama" meskipun sistem lama tersebut mempunyai banyak kelemahan seperti frekuensi bas yang lama, bas buruk, tambang bas yang tidak menentu dan sebagainya. Namun, BNR ini akan menyelesaikan segala masalah ini dengan mewujudkan satu sistem komprehensif dan integrated bagi memudahkah rakyat. 

FAKTA PERTAMA - APAKAH KORIDOR BNR?


FAKTA KEDUA - ADAKAH FREKUENSI KETIBAAN BAS AKAN JADI LEBIH LAMBAT?

Tidak. Malah, dengan BNR ini frekuensi bas akan menjadi lebih pantas. Rakyat sudah tidak perlu menunggu lama untuk menaiki bas di kawasan Greater Kuala Lumpur. Melalui kajian dan study yang dijalankan, tempoh menunggu bas akan menjadi paling cepat hanya 30 minit dan sebelumnya hampir 120 minit rakyat perlu tunggu untuk menaiki bas. 



FAKTA KETIGA - ADAKAH PROJEK BNR INI DILAKUKAN SECARA "LAST MINUTE"?

Tidak!. Penyediaan projek BNR ini telah berlaku sejak Tahun 2013 (24 bulan lepas) dimana pelbagai perbincangan dilakukan antara SPAD dengan operator bas di kawasan Greater Kuala Lumpur. Malah, projek BNR ini telah mendapat persetujuan semua operator bas dan mereka juga telah memberi komitmen untuk mempertingkatkan perkhidmatan mereka demi kesejahteraan rakyat. 

FAKTA KEEMPAT - ADAKAH TAMBANG BAS AKAN NAIK DENGAN PROJEK BNR?

Tidak! Tambang bas akan kekal seperti harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan melalui Commercial Vehicle Licensing Board, 2009. 

FAKTA KELIMA -  ADAKAH "COVERAGE" PERKHIDMATAN BAS BERTAMBAH DENGAN BNR?

Ya!. Melalui projek BNR, jumlah kilometer perkhidmatan bas bagi kawasan Greater Kuala Lumpur meningkatkan kepada 9,202 Kilometer berbanding 7,643 kilometer sekarang. Malah kini terdapat 35 laluan bas baru untuk kegunaan rakyat. 


Bagi kami di #KLChronicle, projek BNR yang dilakukan oleh SPAD ini sudah semestinya membawa banyak manfaat kepada rakyat. Oleh itu, bagi mereka yang hanya tahu "complain" kami berharap mereka melakukan lebih banyak kajian dan mendapat maklumat yang betul. Bukan hanya membaca Facebook & kemudian membuat konklusi tersendiri. 

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari website SPAD disini : http://www.spad.gov.my/

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget