KL CHRONICLE: Mitos Hubungan McDonald's Malaysia dengan Israel Kini Dibongkar

Thursday, December 10, 2015

Mitos Hubungan McDonald's Malaysia dengan Israel Kini Dibongkar



#BoikotMcD. Itulah kempen yang selalu kita dengar didalam facebook, twitter dan laman media sosial tempatan apabila berlakunya konflik di Palestin. Kempen boikot ini dilakukan kononnya untuk "menghukum" McDonald's kerana dipercayai bahawa McDonald's dimiliki oleh pemilik berbangsa Yahudi yang menyokong Israel dan mempunyai agenda Anti-Islam dan Anti Palestin. 


Namun, dakwaan ini adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Ini kerana McDonald's di Malaysia dimiliki oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat tempatan. Malah, syarikat induk McDonald's sebenarnya tidak dimiliki oleh mana-mana individu tetapi dimiliki oleh 1.8 juta orang sebagai pemegang saham. Ya! McDonald's dimiliki oleh 1.8 juta pemegang saham dimana tidak.ada seorang pun dari mereka yang mempunyai pegangan saham melebihi 10% didalam McDonald's.

Ini sekaligus membuktikan bahawa fitnah di media sosial yang mengatakan McDonald's dimiliki oleh orang Yahudi yang Pro Israel hanya merupakan satu mitos dan fitnah jijik yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Bagi kami di #KLChronicle, kami ingin bertanya kepada pembaca kami. Pernahkah anda memgunjungi mana-mana restaurant McDonald's di negara ini? Jika jawapan anda adalah Ya, pernahkah anda jumpa orang Yahudi di kaunter yang ingin mengambil order anda? Sudah pastinya tidak kerana hampir setiap restoran McDonald's yang anda kunjungi di negara ini kebanyakkan pekerja mereka adalah orang berbangsa Melayu dan beragama Islam. 

Cuba anda bertanya kepada diri anda. Jika McDonald's di negara ini diboikot, siapa yang akan rugi adakah anak muda berbangsa Melayu dan beragama Islam atau pun orang Yahudi yang pro kepada Israel? Sudah pasti yang akan rugi adalah anak muda berbangsa Melayu dan beragama Islam yang tidak akan mampu dibayar gaji jika McDonald's di negara ini terus rugi akibat diboikot. 

Oleh itu, sebelum anda like, share atau promote kempen-kempen bodoh dan tidak berfaedah untuk memboikot McDonald's, fikir dulu nasib anak bangsa dan keluarga mereka yang anda cuba musnahkan. Boleh? 

Terima Kasih.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget