KL CHRONICLE: @LiowTiongLai Yakin Bas Network Revamp (BNR) akan beri faedah kepada rakyat

Thursday, December 17, 2015

@LiowTiongLai Yakin Bas Network Revamp (BNR) akan beri faedah kepada rakyat



Kami di #KLChronicle telah menulis beberapa artikel berkaitan penstrukturan semula laluan bas di Lembah Klang ataupun lebih dikenali sebagai Bas Network Revamp (BNR) yang telah berkuatkuasa pada 1 Disember 2015 yang lalu. Antara artikel BNR di #KLChronicle adalah seperti berikut:



Part 1 : 5 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Bus Network Revamp (BNR) - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/part-1-5-fakta-anda-perlu-tahu-tentang.html#sthash.i9owOwqc.dpuf

Part 2 : #Tahukah Anda Pelaksanaan Bus Network Revamp (BNR) Membantu Pengguna Kuala Lumpur?- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/part-2-tahukah-anda-pelaksanaan-bus.html#sthash.O5gCKgV0.dpuf


Malah, we are pleased to inform our readers bahawa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga bersetuju dengan #KLChronicle bahawa tujuan utama BNR ini dilakukan adalah untuk menambaik baik sistem pengangkutan awam di Lembah Kelang. Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai: 

"Saya percaya kita sedang meningkat perkhidmatan bas, bas perantara bagi menyediakan laluan mudah ke stesen LRT, KTM dan pengangkutan awam lain bagi meningkat penggunaan pengangkutan awam di Bandaraya Kuala Lumpur.

"Sasaran saya ialah untuk memiliki 500,000 pengguna setiap hari pada sebelah pagi yang boleh dicapai sekiranya kita bekerjasama dengan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat),"

Bagi kami di #KLChronicle, sasaran Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk mendapatkan 500,000 orang pengguna setiap hari pada sebelah pagi menggunakan perkhidmatan awam adalah satu target yang realistik. Ini kerana jika melihat kepada BNR yang baru diwujudkan oleh SPAD, kini terdapat 8 koridor utama untuk laluan bas di Lembah Kelang dengan laluan sepanjang 9,202 Kilometer berbanding 7,643 kilometer sebelum ini. Malah kini terdapat 35 laluan bas baru untuk kegunaan rakyat. 

Dengan penambahbaikkan yang dilakukan oleh SPAD serta aspirasi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, kami percaya perkhidmatan pengangkutan awam darat di Lembah Kelang dapat menjadi antara pengangkutan awam darat yang terbaik di dunia. Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget