KL CHRONICLE: Datuk Seri Dr. @weekasiongmp Menteri Berjiwa Rakyat

Saturday, December 19, 2015

Datuk Seri Dr. @weekasiongmp Menteri Berjiwa Rakyat

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong membantu seorang makcik yang memerlukan bantuan
Semalam telah viral di media sosial tentang usaha murni Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden MCA membantu seorang nenek berbangsa Melayu/Islam yang berkerusi roda untuk menaiki pesawat di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Nenek tersebut pada ketika itu sedang menunggu bantuan daripada krew untuk membantu beliau menaiki pesawat setelah  ahli keluarga beliau telah terlebih dahulu menaiki pesawat seperti yang lazim berlaku ketika "boarding". 



Bagi kami di #KLChronicle, usaha murni dan "spontan" Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong ini menunjukkan keperibadian beliau yang sangat menghormati orang tua dan juga yang sangat ringan tulang membantu mereka yang didalam kesusahan. Menteri seperti inilah yang diperlukan oleh kerajaan dimana tanpa protokol beliau dengan mudah membantu mereka yang memerlukan tanpa perlu dikelilingi oleh pegawai - pegawai politik mahupun kerajaan. 

Sikap prihatin Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong ini wajar dicontohi oleh pemimpin - pemimpin politik baik yang veteran mahupun yang muda. Sikap positif sebegini akan mendekatkan rakyat dengan pemimpin sekaligus membuatkan hubungan antara rakyat dan pemimpin menjadi mesra dan "tanpa protokol". Ini sekaligus menolak dakwaan bahawa pemimpin terutamanya dari Barisan Nasional bersikap "sombong" dan "bongkak".

Secara jujurnya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong harus "maintain" keperibadian beliau yang sebegini kerana ini adalah satu cara yang betul bagi seorang pemimpin. Rakyat juga akan semakin sayang dengan beliau dan diharapkan dengan prestasi beliau yang baik akan dapat menarik sokongan rakyat kembali kepada MCA sekaligus kembali kepada kerajaan Barisan Nasional. 

Keep up the good work 
Datuk Seri!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget