KL CHRONICLE: Sikap Ahli Parlimen DAP & Pemandu Teksi seperti "samseng jalanan"

Monday, October 5, 2015

Sikap Ahli Parlimen DAP & Pemandu Teksi seperti "samseng jalanan"


Tindakan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Klang dari DAP Charles Santiago dan hampir 100 orang pemandu teksi termasuk penyokong beliau yang telah cuba merempuh bangunan AmFirst di Kelana Jaya baru-baru ini wajar dibidas oleh semua pihak termasuk rakyat Malaysia. Tindakan tidak bertanggungjawab seorang ahli parlimen seperti Charles Santiago dan pemandu teksi ini hanya mengukuhkan lagi tanggapan rakyat bahawa pemandu teksi di Malaysia ini adalah samseng jalanan yang membahayakan pengguna. 



Protes yang dibawa oleh Charles Santiago dan pemandu teksi ini adalah berkaitan isu seperti Goods and Service Tax (GST), kos NGV, Perkhidmatan UBER dan juga kononya kebajikan pemandu teksi tidak dibela oleh rakyat. Kami di #KLChronicle faham masalah yang dihadapi bukan sahaja oleh pemandu teksi malah seluruh rakyat Malaysia, tetapi mengapa perlu mengadakan protes dengan cara yang kasar sehingga menakutkan orang ramai?

Malah, jika dilihat isu GST, GTS ini telah diperkenalkan pada 1 April 2015. Hampir 6 bulan yang lalu. Malah, GST ini bukan sahaja untuk pemandu teksi, tetapi seluruh rakyat Malaysia. Untuk meringankan beban pemandu teksi, kerajaan telah melaksanakan Program Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi (BT1M) melalui SPAD. Jadi fitnah pemandu teksi ini untuk mengatakan kerajaan langsung tidak "membela" mereka adalah satu penipuan besar!

Malah, dalam isu kos harga NGV, sebenarnya kos yang dibayar oleh pemandu teksi telah disubsidi oleh kerajaan melalui syarikat minyak negara PETRONAS. Jika diambil dari data yang kami ada, pada tahun 2012 sahaja, PETRONAS telah memberikan subsidi NGV sebanyak RM 600 juta [Subsidi NGV]. Dengan ini, fitnah Charles Santiago dan pemandu teksi bahawa kerajaan langsung tidak "membela" mereka adalah satu lagi penipuan besar!

Dalam isu UBER, SPAD melalui unit Penguatkuasaan mereka telah melakukan pelbagai operasi. Jika pembaca membaca entri di blog ini, pembaca akan melihat beberapa artikel berkaitan SPAD dan UBER seperti berikut:

- SPAD Dedah Sikap Pengguna Antara Punca Kereta Sapu Sukar Dibendung - http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/09/spad-dedah-sikap-pengguna-antara-punca.html?m=1

- #DemiRakyat SPAD Jalankan OPS SERKAP sempena Cuti Hari Raya - http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/09/demirakyat-spad-jalankan-ops-serkap.html?m=1


- [Gambar] #DemiRakyat SPAD lakukan OPS SERKAP di Pudu Sentral Sebentar Tadi - http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/07/gambar-demirakyat-spad-lakukan-ops.html?m=1

- #DemiRakyat SPAD Tugaskan 300 Penguat Kuasa Pada Aidilfitri - http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/07/demirakyat-spad-tugaskan-300-penguat.html?m=1

Artikel-artikel diatas membuktikan SPAD secara konsisten menjalankan operasi membanteras UBER, GrabCar dan sebagainya. Namun, melalui siasatan yang dibuat, perkhidmatan ini terus mendapat sambutan pengguna/rakyat adalah kerana "servis" yang mereka berikan adalah lebih baik berbanding pemandu teksi sedia ada. Jadi sebelum Charles Santiago dan pemandu teksi serta konco-konco beliau ingin menyalahkan SPAD dan kerajaan, eloklah mereka cermin diri mereka sendiri dahulu. 

Kami ada terima satu gambar di WhatsApp #KLChronicle dan ia memberi satu kesimpulan yang baik kenapa rakyat memilih UBER dan sebagainya. Sila lihat dibawah:



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget