KL CHRONICLE: Tahniah SPR, Laporan Persempadanan Semula Sarawak Bakal Dibentang di Parlimen Oktober Ini

Thursday, September 3, 2015

Tahniah SPR, Laporan Persempadanan Semula Sarawak Bakal Dibentang di Parlimen Oktober Ini


Walaupun terdapat pelbagai cabaran fittnah yang dilemparkan serta kes di mahkamah akhirnya kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah siap menyediakan laporan berhubung persempadanan kawasan pilihan raya Sarawak. Jika semuanya berjalan lancar, Oktober ini akan menyaksikan laporan itu dibentang di Dewan Rakyat bagi tatapan semua wakil rakyat sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang. 



Bagi mereka yang kurang arif tentang proses persempadanan semula, laporan persempadanan semula di Sarawak hanya perlu diterima/disokong oleh 111 Ahli Parlimen didalam Dewan Rakyat bila ianya dibentangkan. Jika laporan ini diluluskan, SPR akan meneruskan proses persempadanan semula di negeri-negeri lain sejajar dengan undang-undang negara yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Bagi kami di #KLChronicle, kami yakin usaha murni SPR ini akan berjaya kerana pihak pembangkang tidak mempunyai apa-apa modal untuk membantah laporan yang akan disediakan ini. Ini kerana mengikut apa yang dinyatakan di Mahkamah ianya telah terbukti bahawa segala proses persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR ini telah mengikut undang-undang negara.

Namun usaha SPR ini akan gagal sekiranya pembangkang ataupun NGO pembangkang iaitu BERSIH buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan pula selepas ini.Kita tunggu dan lihat apa "end game" pihak pembangkang ini. Kami yakin SPR sudah bersedia untuk menangani game jijik ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget